Header Ads

Mat Rempit Kurang Ajar!

Kajang: Seorang anggota polis trafik daerah Kajang terpelanting sejurus dirempuh seorang mat rempit yang bertindak agresif melanggar sekatan jalan raya diadakan polis.

Dalam kejadian jam 11.45 pagi semalam, anggota trafik itu, Mohd Hizzuad Johari, 29, cedera di belakang kepala dan luka di badan akibat rempuhan di jalan Batu 10 di sini.
Difahamkan, suspek enggan memberhentikan motosikalnya untuk pemeriksaan sebaliknya cuba melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, rempuhan itu menyebabkan suspek turut terjatuh dan cedera.
Menurutnya, anggota trafik terbabit tidak sempat mengelak berikutan suspek menunggang laju.
“Mangsa yang tertiarap di jalan raya dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Keadaannya kini dilaporkan stabil,” katanya.
Beliau berkata, susulan itu polis menahan penunggang motosikal berusia 25 tahun terbabit untuk siasatan lanjut.

Willey berkata, semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek mempunyai rekod bersabit kesalahan cubaan samun sebelum ini.
-Metro

No comments

Powered by Blogger.