Header Ads

Kemalangan Bakar 2/3 Badan dan Muka Wanita Ini. Lihat Apa Teman Lelakinya Buat



Tidak ada definisi yang cukup untuk menggambarkan “cinta sejati” kerana maksud cinta itu terlalu subjektif. Kadang-kadang tidak cukup hanya mengucapkan “I Love You” kepada seseorang untuk menunjukkan betapa kita menyayangi dan mengasihi mereka.

Michael Hoskin dan Turia Pitt boleh dikatakan simbol cinta sejati di Australia. Kisah cinta mereka bermula ketika di zaman persekolahan lagi di mana pada masa itu tak sangka mereka akan menjadi inspirasi kepada orang di luar sana.

Mereka mula berkenalan semasa Turia melanjutkan pelajaran dalam Mining Engineering, manakala Michael sebagai pegawai polis. Segalanya indah bagi mereka berdua sehinggalah satu kejadian ngeri menimpa Turia pada tahun 2011.

Turia di minta mengambil bahagian dalam Ultra marathon tanpa membayar yuran penyertaan. Namun, Turia Pitt bersama tiga lagi perserta terperangkap dalam kebakaran semak belukar dalam perlumbaan tersebut. Dia melecur lebih 2/3 daripada tubuh badannya, 7 jarinya terpaksa di potong dan terpaksa memakai topeng untuk masa yang sangat lama.

Menyedari betapa dia mencintai Turia, Michael yakin bahawa dia masih kuat untuk meneruskan hidup walaupun terbakar hampir seluruh badan. Michael mengambil keputusan untuk membeli cincin pertunangan dan mereka bertunang sebelum akan berkahwin selepas Turia pulih.

Tidak kisah mengenai parut yang ada pada Turia kerana Michael sedar dia mencintai personaliti Turia bukannya wajah dan badannya.  
Sumber: viral4real

No comments

Powered by Blogger.