Anak Yatim Down Syndrome Jumpa Keluarga Baru Untuk Pertama Kali Pasti Buat Anda Menangis
Semua orang perlukan keluarga. Kadang-kadang mereka yang tidak mempunyai sebarang pertalian darah dengan kita lebih menghargai dan menyanyangi kita seperti ada satu pertalian dan hubungan yang sukar untuk dipisahkan.
Audrey Shook teruja kerana beliau tidak sabar menunggu bakal anak perempuannya tiba. Lucy berusia 6 tahun yang menghidapi down syndrome dan kanak-kanak istimewa. Audrey hanya melihat Lucy melalui video sahaja sebelum ini, dan menangis kerana beliau menunggu kedatangan anak istimewa ini.
Ahli keluarga yang lain telah pun membuat sepanduk tanda selamat datang kepada Lucy. Dari jauh gadis kecil ini sudah kelihatan dan mereka segera mengelai Lucy walaupun buat kali pertama. Sejurus kemudia gadis itu terus ke arah mereka. Audrey berkata, “ Katakan Hai Mama” dan Lucy terus membalas. Walaupun ianya perjumpaan buat kali pertama, semua orang sebak dan gembira melihat ibu dan anak tersebut.
Lucy adalah salah seorang daripada anak-anak yang tidak diingini dari China yang tiba di Texas untuk bertemu ibu bapa angkat mereka. Lucy sangat bertuah kerana mempunyai keluarga yang sukakan dia saat mereka melihat Lucy buat pertama kalinya dan Audrey berasa sangat bersyukur bahawa Lucy memberikan tindak balas yang baik.
Post a Comment