Header Ads

Pesawat Terhempas di Gua Musang?



KOTA BHARU: Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata setakat ini pihaknya mengesahkan tiada insiden kapal terbang terhempas di Gua Musang.

Kenyataan beliau merujuk kepada maklumat yang tersebar menerusi laman sosial serta panggilan yang diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan mengenai dakwaan individu tertentu melihat sebuah pesawat dipercayai terhempas di Rantau Manis, Gua Musang.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.36 malam dan sepasukan pegawai serta anggota sudah bergegas ke lokasi kejadian. Bagaimanapun, hingga jam 10.30 malam tadi, bomba tidak menemui sebarang objek terhempas di kawasan yang dilaporkan. -Bharian

No comments

Powered by Blogger.