Header Ads

Komen Lelaki Ini Sangat Sentap Apabila Mark Zuckerberg Ajak Orang Ramai Baca Buku Sejarah Islam


Boss besar laman sosial facebook iaitu Mark Zuckerberg memilih buku sejarah Islam yang bertajuk “The Muqaddimah” yang ditulis oleh ilmuan Islam, Ibnu Khaldun sebagai bahan bacaan pilihannya.
CEO facebook itu menjelaskan di laman sosialnya, buku sejarah itu menarik untuk dibaca apabila ia ditulis tokoh ilmuan Islam yang pernah hidup pada tahun 1300.
“Ia memfokuskan bagaimana masyarakat dan perkembangan budaya termasuk kewujudan bandar, politik, perdagangan dan sains,” katanya dalam status tersebut.

Menurutnya, ia suatu yang menarik untuk memahami apa yang berlaku pada masa kini dan secara keseluruhan dalam satu kehidupan bersama.
Sebagai ikon kepada ramai masyarakat di seluruh dunia, Zuckerberg memilih buku tersebut sebagai senarai bacaan dimuatkan dalam senarai ‘A Year of Books’ iaitu satu komuniti di Facebook yang mengajak orang ramai membaca buku baru setiap dua minggu.
Menerusi komen dalam status berkenaan, pengguna Facebook beragama Islam memuji niat murni Zuckerberg itu yang memilih bahan bacaan terbaik.
“Ibnu Khaldun adalah antara individu pertama yang menjelaskan teori evolusi, berani mengkritik mengenai apa yang salah sama ada mengenai politik atau agama,” kata seorang lagi pengguna Facebook.
Berikutan tindakan Mark Zuckerberg itu, seorang pengguna laman sosial twitter telah membuat status berkaitan itu. Pasti mencuit hati!


No comments

Powered by Blogger.