Header Ads

5 Soalan Para Isteri Kepada Suami Yang Sangat Sentap Dan Deep. #3 Memang Betul Padu!

Gambar Hiasan - Google

Tulisan ini dipetik dari Facebook Normaliza Mahadi. Semoga bermanfaat kepada semua. 

Assalammualaikum kepada rakan lelaki yang gagah perkasa di FB. Saya ada beberapa soalan nak tanya.

Saya tujukan post ini khas untuk lelaki sahaja, wanita boleh tolong share. Lagi banyak share lagi bagus.

Soalan Pertama
Banyak (bukan semua) isteri yang bekerja yang saya jumpa, semuanya bekerja sebab nak bantu suami. Dalam kata lainnya, pendapatan suami tidak mencukupi.

Bila isteri kerja sebab tolong suami, kenapa suami masih tak tolong isteri buat kerja rumah. Macam masak, cuci pakaian, basuh pinggan, sapu rumah dan sebagainya.

Kenapa ya? Apa masalah suami yang macam ni?

Soalan kedua
Ada suami yang masih dikategorikan tak tahu nak menguruskan anak walaupun dah beranak beberapa orang. Saya dapat panggilan dari seorang isteri tadi. Katanya dia tak dapat join aktiviti malam sebab tak ada orang jaga anak masa malam.

Saya tanya suami puan mana? Suami saya tak tau jaga anak kecik ni. Come on. Satu malam aje, tak akan tak boleh jaga kot. Isteri kena pergi kursus sebab tempat kerja hantar. Ini wajib pergi. 7 hari setahun aje.

Apahal dengan lelaki macam ni? Dan saya tahu ada lelaki macam ni. Tak tau jaga anak. Tak tahu nak mandikan anak. Tak tahu pujuk anak. Tak tahu nak buat susu anak. Tak tahu dukung anak. Tak tahu nak suap anak makan. Tak tahu tukar pampers anak. Tak tahu. Tak tahu. Tak tahu. Tak tahu. Nasib baik buat anak tahu!

Laaa... bang. Kalau nak belajar berenang. Abang kena berenang. Kalau nak belajar menyanyi kena menyanyi.

KALAU NAK PANDAI JAGA ANAK KENA JAGA ANAK TU.

Stress saya dengar suami yang tak tahu lagi jaga anak. Rasa macam nak lempang. Jagalah anak tu, isteri tu nak pergi kerja bukan shopping!

Soalan ketiga
Suami yang tak bekerja dah bertahun-tahun dan sudah tentunya tak ada pendapatan ni. Suruh cari kerja tak nak. Business dah berpuluh lingkup. Isteri dah buat macam-macam loan. Isteri kerja macam nak rak. Balik rumah kena buat kerja rumah lagi. Lagi tak boleh tahan, walaupun dia tak ada kerja, anak masih suruh isteri hantar kat taska. Alasanya senang nak cari kerj walaupun dan bertahun tak pernahnya dapat kerja.

Boleh tak suami macam ni jadi aje 'house husband' aje?. Jaga anak. Kemas rumah. Masak. Uruskan rumahtangga. Kenapa tak boleh?

Kalau tak boleh pergi kerja. Jangan menyusahkan isteri. Dan lebih terror lagi, dahlah tak kerja. Tak ada pendapatan, tapi merokok punyalah banyak sehari.

Kau sanggup hisap rokok pakai duit gaji bini bang?

Soalan keempat
Suami kan kalau nak kahwin lain, boleh. Poligami Allah izinkan.

Cumanya boleh tak bagitahu aje kat isteri. Jangan tipu isteri. Dan satu lagi jangan nak buruk2 isteri kat bakal isteri. Isteri tu kurang inilah, kurang itulah, rumahtangga tak bahagialah dan macam-macamlah. Apa masalah kau bang?

Kau nak kahwin, kahwin macam jantan!

Soalan kelima
Mengapa lelaki yang ada anak kecik kat rumah, masih boleh duduk kat kedai kopi sampai malam-malam buta. Baliklah bang. Boleh tolong isteri jaga anak ke, kemas rumah ke, lipat kain ke.

Kau orang ingat isteri ni orang gaji korang ker? Kalau orang gaji pun lagi baik kedudukan dia. Orang gaji kerja dan dapat gaji. Isteri buat kerja macam nak pitam, dapat apa? Janganlah pulak ada yang kata dapat pahala ya.

Kenapa korang kahwin hari tu kalau korang tak nak tolong isteri?

Apa kenanya dengan lelaki macam kat atas ni ya? Mohon pencerahan.

Normaliza Mahadi
Licensed and Registered Counselor

No comments

Powered by Blogger.