Pelayan Belanja Ahli Bomba Kepenatan Makan, Apa Jadi Selepas Itu Mengubah Hidupnya
Selepas 12 jam melawan kebakaran, 2 orang ahli bomba dari New Jersey, Tim Young dan Paul Hullings pergi mendapatkan sarapan.
Pelayan mereka, Liz Woodward terdengar mereka berbual-bual tentang betapa lama dan susahnya mereka melawan kebakaran yang amat besar pada hari itu. Setelah selesai makan, mereka meminta bil daripada Liz, tetapi apa yang mereka dapat bukanlah amaun yang harus dibayar tetapi nota ini yang menyentuh hati:
Hari ini, saya belanja anda berdua sarapan. Terima kasih di atas apa yang anda lakukan, atas khidmat anda untuk orang lain, dan kerana pergi ke tempat-tempat yang orang lain jauhi. Tidak kisahlah apa peranan anda, anda berdua adalah orang-orang yang berani dan kuat.. terima kasih kerana menjadi badass setiap hari! Dijana oleh api dan didorong oleh keberanian – anda berdua patut dicontohi. Selamat berehat! -Liz
Kedua-dua ahli bomba ini terkesan dengan kebaikan hati Liz. Pada malam itu, Tim menulis dalam Facebook beliau: “Tindakan yang pemurah dan baik hati. Saya sarankan agar kawan-kawan mengunjungi dan menyokong restoran ini (tempat Liz bekerja), dan sekiranya Liz melayan anda, berikan beliau tip yang banyak.”
Tetapi, cerita ini tidak terhenti di sini. Ahli-ahli bomba ini mendapat tahu bapa Liz telah lumpuh selama 5 tahun. Liz telah membuka laman web derma GoFundMe dengan tujuan mengumpul duit untuk membeli kenderaan dengan akses kerusi roda. Tim terharu dengan pendedahan ini, dan meminta rakan-rakannya untuk membantu keluarga ini. “Rupa-rupanya, wanita muda yang memberi kami makanan percuma, adalah yang sebenar-benarnya memerlukan bantuan.” - TheVocket
Post a Comment