Nak VAPE Sangatkan? Respon Ibu ini sangat WIN
Nak VAPE Sangatkan? Respon Ibu ini sangat WIN
Di sebuah warung, sekumpulan remaja sedang bersarapan sambil galak menghisap vape. Berkepul-kepul asap, sesekali mencerobohi meja seorang wanita dan dua nak kecilnya.
"Adik, boleh tolong jangan hisap rokok tak? Asap kena anak-anak akak" tegur wanita tersebut lembut.
"Rileks la, kak. Kitorang bukan hisap rokok. Ini vape-lah, tak ada asap"
"Habis tu, yang berkepul-kepul tu apa?"
"Tu wap air je lah, kak. Kena budak kecik pun tak jadi apa. Jangan risau."
Wanita itu berpaling semula ke mejanya dan menyedut air teh-O ais di atas meja. Barangkali untuk menyejukkan hati yang membara mendengar jawapan remaja tadi.
Tiba-tiba... BuuUurRRRrrRrR!!!!!!
Rupa-rupanya selepas sedut air tu, wanita tadi bingkas bangun, mendekati meja remaja-remaja tersebut dan menyembur air dari mulutnya kepada remaja yang sedang vape tadi.
"APAHAL NI? Main sembur-sembur pulak!"
"Rileks la, dik. Tu wap air je. Kena budak kecik pun tak jadi apa. Jangan risau" jawab wanita itu selamba.
Tersembur *sarbat aku ikut hidung. Hilang terus resdung. Hahaha... smile emoticon
Wap air meluapkan kemarahan.
SHARE untuk pedoman kaki VAPE.
Sila hormati privacy orang lain. #VapeON
Post a Comment