Kisah Lelaki Ini "Ceramah" Sekumpulan Mat Motor Viral Mendapat Ribuan Share
Semalam kami berhenti rehat di RnR dalam perjalanan menuju ke Kedah. Saya dan keluarga memesan makanan sambil isteri saya mendodoikan si kembar.
Alhamdulillah, perangai tak banyak dan mereka berdua akhirnya terus terlena. Kami mengambil kesempatan untuk makan dengan cepat bagi mengisi perut yang belum menerima apa-apa kunjungan makanan sejak semalam.
Jam menunjukkan pukul 9 pagi. Suasana sejuk dan agak damai.
Tiba-tiba..
"Vroom! Vroom!"
Terdengan bunyi tangisan motorsikal berkuasa tinggi dari kawasan parkir RnR.
Saya tahu, motor mereka besar. Kuat. Hebat. Tapi janganlah main-main pulas minyak. Bukan sekali, 809 kali bunyi tangisan motor tersebut. Ia mengganggu si kecil ini dan akhirnya membuatkan mereka terjaga.
Saya memerhatikan pemandu motorsikal tersebut dari kejauhan. Akhirnya saya bangun dan berjalan perlahan menuju ke arah mereka.
"Assalamualaikum bang," salam diberi pembuka bicara.
"Waalaikummussalam. Ada apa hal bro? muka lu macam tak puas hati je dengan gua?" Soal brader tu pada saya.
"Eh. Takdelah. Gua suka sangat dengar bunyi motor lu. Boleh kasi kuat lagi tak? Jap. Ni model Z800 kan? Pergh. Dia punya pergi cecah 10,200 RPM kan? Tahun berapa ni? 2016? 2017?" Soal saya padu.
Brader tersebut agak segan dengan pertanyaan saya lalu diam. Saya tak buang masa.
"Macam ni bro, lu nak pulas lu punya minyak nak bagi bunyi dengar sampai Australia pun gua tak kisah. Tapi ni RnR. Rehat dan Rawat. Tempat orang nak berehat, nak merawat diri sendiri lepas jauh berjalan. Nak makan. Ada anak kecil. Nak salin pampers. Nak buat susu. Nak pejam mata barang seminit dua. Jauh lagi nak sampai kampung. Lu tau tak kampung gua nun jauh di mata. Kubur Panjang habaq hang. Yang lu duk main-main pulas minyak ni kenapa? Nanti atas highway, lu punya pasallah nak pulas minyak sampai terbalik throttle pun gua tak kisah," ujar saya tanpa bagi peluang.
"Dalam hadis sohih Nabi SAW bersabda : Sesungguhnya aku masuk dalam solat dan berkeinginan untuk memperpanjangkan solat tersebut. Lalu aku mendengar tangisan anak kecil, maka aku pun meringankan solatku kerana aku mengetahui besarnya kesedihan ibu anak itu kerana tangisannya. Riwayat Bukhari. Maksudnya kerana khuatir tangisan anak kecil, Rasulullah SAW pun meringankan solatnya. Menjaga emosi ibu yang terganggu dengan tangisan. Apatah lu yang gua nampak bukan tengah solat ni. Main motor. So, pesan gua yang dah sebenarnya agak tua dan berumur. Tolonglah pelankan sore motor lu. Motor dah cantik, harapnya perangai kita pun cantik ya. Kalau boleh, lu 'mute' sekejap motor lu. Tenks brader," tak bagi can saya ceramah mereka semua ni.
Brader tersebut dan rakan-rakannya diam seribu bahasa. Saya perhatikan ada yang dah tutup motor dengan kain. Ada sebahagian yang lain cabut ekzos. Alhamdulillah. Perubahan.
....
Perlahan-lahan imaginasi saya di atas hilang dek tangisan si kembar ini semakin kuat. Lalu kami angkut semua sekali dan naik kereta. Tak berani gua nak sound. Ada 15 orang bikers kot yang berkumpul kat situ. Mau makan ekzos aku kalau ceramah. Imaginasi ni free. Bukan kena bayar pun. kah3
Post a Comment