Header Ads

Dua Orang Jepun Berkopiah Ni Nak Belajar Solat Di Masjid Shah Alam TETAPI…..

Dua Orang Jepun Berkopiah Ni Nak Belajar SOLAT Di Masjid Shah Alam TETAPI….. | Diceritakan oleh Firdaus Wong Wai Hung. Selesai sesi Istitabah di Jab. Mufti Sgor, saya terserempak dengan dua lelaki berpakaian tradisional Jepun dan berkopiah dengan beberapa beg mereka mengangkat ibujari di tepi jalan Masjid Shah Alam. Saya memberhentikan kereta dan bertanya apa yang saya boleh bantu? Mereka nak ke stesen KTM Shah Alam dan saya bertanya lanjut mereka nak naik komuter ke mana? Jawabnya nak ke KL Sentral. Saya tawarkan untuk bawa mereka ke sana walaupun saya sendiri perlu ke Yong Peng Johor.



Saya memperkenalkan diri dan mereka memperkenalkan diri. Seorang bernama Tada (kacukan Jepun & Filipina) & seorang lagi ialah Mine (sebutan Min Meh) yang lebih cerah orangnya. Kedua-duanya adalah rakan baik dan baru berusia 20 tahun tetapi mengembara ke Msia, Thailand, Singapura & Indonesia dengan bajet USD800 untuk semua perbelanjaan selama 10 hari. Mereka belum Muslim lagi dan mereka juga memakai kopiah yang baru dibeli ketika melawat Masjid Shah Alam. Soalan pertama yang ditanya mereka kepada saya agak pelik;

“Thanks you for helping us. Why you willing to help us when we have wave for 15 minutes but nobody stop but only you willing to stop. IS IT BECAUSE YOU ARE MUSLIM?”

Terkejut saya dengan soalan mereka namun saya menjawab;

“Islam teach its followers to treat their guest well and Prophet Muhammad (pbuh) also said that whosoever lift a difficulty and facilitate the affairs of his brothers in this world, Allah will lift his difficulty in & make his affairs in the hereafter easier.”

Dipendekkan cerita, dalam perjalanan kami berborak tentang latar belakang dan juga beliau bertanya kenapa saya memilih Islam serta konsept akhirat dalam Islam. Saya menawarkan untuk belanja mereka lunch memandangkan mereka juga belum makan dan akhirnya saya membawa mereka ke Dapur Sarawak untuk menikmati hidangan Malaysia memandangkan mereka dan merasai sate, nasi lemak dan teh tarikh.



Banyak soalan tentang yang ditanya terutamanya dari Tada yang lebih fasih berbahasa Inggeris malahan mereka mahu belajar berwuduk dan solat dan respon mereka apabila saya tanya tentang perasaan mereka setelah solat dan sujud, mereka menjawab;

“I never feel like this before. Very peaceful. Very calm, feel very humble and close to God.”

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Kami menghadiahkan senaskah Quran, MP3 Quran, minyak attar dari Mekah serta kain sarung yang kami pinjamkan kepada mereka untuk belajar solat kerana mereka merasakan selesa dan suka padanya. Sebelum berpisah; Tada berkata kepada saya;



“We never expect to meet you on our last day in Msia. We do not know how to repay or thank you but we really enjoy our short moment together. We love you and your friends here, we love Malaysian for their kindness and we love Allah. Next time when I see someone in need of help, I will remember your advice to spread love and kindness to others. We love you brother.”

Semoga mereka terus mencari kebenaran dan dikurniakan hidayah oleh Allah SWT… KREDIT HIDAYAH CENTRE MALAYSIA (IKRAM).

No comments

Powered by Blogger.