Header Ads

4 Lapangan Terbang Terbaik Yang Anda Rasa Cukup Sekadar Bercuti Disitu


Tiada siapa yang suka apabila penerbangan ditangguhkan, atau terkandas di lapangan terbang untuk lebih lama daripada yang sepatutnya. Namun kini mungkin tidak lagi, kerana kita mempunyai beberapa pilihan lapangan terbang terbaik di dunia, jenis lapangan terbang yang anda akan berasa gembira untuk bermalam di situ ataupun cukup sekadar bercuti di situ (percayalah)! 
Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon
Lapangan terbang di Korea Selatan ini menawarkan pengunjung dengan pelbagai jenis aktiviti untuk memanjakan diri sambil menunggu penerbangan mereka, termasuk pawagam, muzium, taman-taman indah dan gelanggang luncur ais. Jika itu tidak mencukupi, anda juga boleh melihat persembahan muzik dan tarian secara langsung di culture centre. Mereka juga menyediakan kemudahan shower percuma, jangan risau, lapangan terbang ini dikatakan lapangan terbang paling bersih di dunia!

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 
KLIA yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia ini dikenali sebagai ‘lapangan terbang dalam hutan’, kerana ia dikelilingi oleh hutan yang mengandungi 86 spesies pokok. Ia juga mempunyai banyak kehijauan di dalam, selain seni binanya yang canggih dan moden.


Lapangan Terbang Singapore Changi
Lapangan terbang Singapura pula menawarkan pengunjung akses kepada permainan Xbox 360 dan PlayStation, panggung wayang dan juga replika Hobbit Hole. 11 horticulturists sepenuh masa bekerja di taman-taman dalaman, termasuk air terjun, pokok-pokok yang pelbagai dan kolam koi. Selain itu, ia juga mempunyai slaid tertinggi di lapangan terbang di dunia, The Slide @ T3.


Lapangan Terbang Munich
Lapangan terbang ini menarik perhatian ramai dengan kolam ombak tiruannya, di mana orang ramai boleh menghabiskan masa dengan meluncur air sementara menunggu waktu penerbangan. -wanista

No comments

Powered by Blogger.