13 Alasan Manuel Adebayor Masuk Islam
Beberapa bulan terakhir, berita tentang masuk Islamnya seorang pemain bola sepak antarabangsa terdengar cukup ramai berseliweran di dunia maya.
Ya, seorang pemain antarabangsa asal Togo, Sheyi Emmanuel Adebayor, mengumumkan bahawa dia telah memeluk Islam. Dia telah meninggalkan keyakinan Kristiannya dan memilih Islam sebagai jalan hidup. Jalan kebenaran yang dia yakini.
Menariknya, dia juga menyebutkan beberapa alasan mengapa memilih Islam dan meninggalkan Kristian, lapor laman web Eramuslim.
Tentu ini menunjukkan, Adebayor melakukan pengkajian, membandingkan, dan menimbang sehingga sampai pada kesimpulan bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang benar. Bukan sekadar ikut-ikutan dan emosional saja.
Berikut ini alasan Adebayor memeluk Islam sebagaimana dikeluarkan oleh theheraldng.com. Pemain bola sepak yang pernah bermain untuk kelab-kelab bola sepak terkenal Eropah seperti Arsenal, Manchester City, Real Madrid dan kini Tottenham Hotspurs ini mengatakan:
"Aku punya 13 alasan yang kuat mengapa seorang muslim itu sama seperti Isa dan mereka lebih mengikuti Yesus daripada orang-orang Kristian:
Pertama, Yesus mengajarkan bahawa hanya ada satu Tuhan. Hanya satu Tuhan saja yang berhak untuk disembah. Perkara itu termaktub dalam Deut 6: 4, Mark 12:29. Umat Islam juga meyakini demikian. Sebagaimana diajarkan Al-Quran dalam surah 4 (An-Nisa) ayat 171.
Kedua, Yesus tidak makan daging babi. Dijelaskan dalam Leviticus 11: 7. Sama dengan yang dilakukan umat Islam. Dan hal itu dijelaskan Al-Quran dalam surah 6 (Al-An'am) ayat 145.
Ketiga, Yesus mengucapkan salam dengan kalimat "assalamu'alaikum" (kedamaian selalu bersamamu). Terdapat dalam John 20:21. Muslim juga mengucapkan salam dengan cara demikian.
Keempat, Yesus selalu mengucapkan "God Willing" (insya Allah). Umat Islam mengucapkan kalimat ini juga sebelum mereka melakukan apa-apa. Sebagaimana dituntut dalam Al-Quran surah 18 (Al-Kahfi) ayat 23-24.
Kelima, Isa mencuci wajah, kedua tangan, dan kedua kakinya sebelum solat. Hal yang sama juga dilakukan oleh seorang muslim.
Keenam, Isa dan nabi-nabi lain yang terdapat di dalam Injil solat dengan meletakkan kepala mereka di tanah. Dijelaskan dalam Matthew 26:39. Muslim juga melakukan demikian. Sebagaimana diajarkan Al-Quran dalam surah 3 (Ali Imran) ayat 43.
Ketujuh, Isa mempunyai janggut dan memakai throbe (gamis). Hal ini disunnahkan bagi seorang muslim.
Kelapan, Isa mengikuti syariat (syariatnya tauhid sama seperti nabi-nabi sebelumnya pen.) Dan mengimani semua nabi. Lihat Matther 5:17. Muslim juga diajar demikian oleh Al-Quran. Lihatlah surah 3 (Ali Imran) ayat 84 dan 2 (Al-Baqarah) 285.
Kesembilan, Ibu Isa, Maryam, mengenakan pakaian yang menutupi seluruh tubuhnya dan mengenakan hijab. Sebagaimana terdapat dalam 1 Timothy 2: 9, Genesis 24: 64-65, dan Corinthians 11: 6. Wanita muslimah juga mengenakan pakaian yang sama. Al-Quran mengajar mereka dalam surat 33 (Al-Ahzab) ayat 59.
Kesepuluh, Isa dan nabi-nabi lain yang disebutkan di dalam Injil berpuasa hingga lebih dari 40 hari. Lihat Exodus 34:28, Daniel 10: 2-6. 1Kings 19: 8 dan Matthew 4:1. Muslim pun berpuasa selama bulan Ramadhan. Seorang muslim diwajibkan berpuasa sebulan penuh, 30 hari. Lihat Al-Quran surah 2 (Al-Baqarah) ayat 183. Kemudian dianjurkan untuk meneruskan berpuasa 6 hari untuk menambah ganjaran pahala.
Kesebelas, Yesus mengajarkan agar berucap "Kedamaian untuk rumah ini" ketika memasuki rumah. Lihat Luke 10: 5. Dan juga memberi salam kepada orang-orang di dalam rumah dengan ucapan "Kedamaian untuk kalian". Sekali lagi, muslim melakukan hal yang sama persis dengan apa yang dilakukan dan diajarkan Yesus. Ketika kita masuk ke rumah kita, atau rumah orang lain, kita mengucapkan "Bismillah" dan juga memberi salam "assalamualaikum". Inilah tuntunan Al-Quran dalam surah 24 (An-Nur) ayat 61.
Kedua belas, Isa dikhitan (disunat). Khitan merupakan salah satu dari 5 sunnah fitrah dalam ajaran Islam. Dalam Islam, seorang laki-laki diwajibkan untuk berkhatan. Berdasarkan Injil Luke 2:21. Isa berusia 8 hari saat dikhitan. Di dalam Taurat, Allah berfirman kepada Nabi Ibrahim bahawa khitan adalah sebuah "perjanjian abadi". Lihat Genesis 17:13. Di dalam Al-Quran, surat 16 (An-Nahl) ayat 123, seorang muslim diwajibkan untuk mengikuti agama Nabi Ibrahim. Nabi Muhammad bersabda, "Ibrahim berkhitan setelah berumur delapan puluh tahun" (HR. Bukhari, Muslim, dan Ahmad).
Ketiga belas, Isa bercakap dalam bahasa Aramaik dan menyebut Tuhan dengan Elah. Secara penyebutan atau teknik sebutan, sama dengan lafaz Allah. Aramaik adalah bahasa kuno. Ia merupakan bahasa Bible. Bahasa ini merupakan salah satu dari Bahasa Semit. Termasuk juga bahasa Hebrew (Ibrani), Arab, Ethiopia, dan bahasa-bahasa kuno yang lain seperti bahasa Assyria dan Babylonia yang merupakan bahasa orang-orang Akkadia.
Bahasa Armaik "Elah" dan bahasa Arab "Allah" adalah sama.
Kata Aramaik "Elah" berasal dari bahasa Arab "Allah". Yang ertinya adalah Tuhan. Allah dalam bahasa Arab ertinya juga Tuhan. Tuhan Yang Maha Tinggi. Anda boleh dengan mudah mendapatkan kesamaan pelafalannya. Dengan demikian, Tuhannya Isa juga merupakan Tuhannya orang-orang Islam. Dialah Tuhan semua manusia. Dan Tuhan semua makhluk yang ada.
Nah, sekarang katakan kepadaku, siapakah pengikut Isa yang sebenarnya? Tentu saja jawabnya umat Islam. Sekarang saya yakin saya telah menjadi pengikut Isa yang sebenarnya," kata Adebayor.
Kajian yang dilakukan Adebayor benar-benar menunjukkan bahawa yang benar itu jelas dan yang menyimpang itu juga telah jelas. Oleh kerana itu, benarlah apa yang Allah firmankan, "Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. (QS Ali Imran: 85)
Post a Comment