Header Ads

Ini Sebab Kenapa Perempuan Gilakan Coklat. Tidak Hairanlah!


Coklat memang digemari ramai orang, tentunya kaum wanita.

Dalam laporan ini, kami bawakan lima khasiat coklat terhadap kesihatan wanita.

1. Mencegah komplikasi kehamilan 
Satu kajian menunjukkan bahawa makan coklat semasa sedang hamil boleh mencegah sehingga 70% risiko komplikasi tekanan darah tinggi yang dipanggil pra-eklampsia. Ini kerana coklat mengandungi sebatian "theobromine" yang bertanggungjawab untuk mencegah komplikasi semasa mengandung.

2. Meningkatkan tumpuan

Coklat boleh meningkatkan pengaliran darah ke otak, yang boleh meningkatkan tahap tumpuan. Ini terutamanya dengan 50% daripada glukosa dalam tubuh, digunakan oleh otak.

3. Mencegah penyakit jantung

Coklat boleh menurunkan kegiatan enzim dalam badan yang menyebabkan tekanan darah tinggi. Oleh itu, makan coklat yang tiada gula boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

4. Menurunkan paras kolesterol

Coklat boleh mengurangkan paras kolesterol jahat dalam pembuluh darah. Kolesterol jahat boleh menyebabkan keadaan tersumbat dalam pembuluh darah di jantung dan otak. Keadaan itu boleh membawa kepada serangan jantung atau angin ahmar.

5. Melegakan sakit haid

Makan coklat boleh membantu mengurangkan kesakitan semasa datang haid. Ini kerana coklat mengandungi kafein yang merupakan penghilang rasa sakit.
Tentunya kini, kaum wanita mempunyai lima alasan kuat untuk makan coklat!

Selain dimakan, orang wanita juga boleh 'bermandi coklat' dengan sesi lulur. Coklat juga digunakan untuk rawatan muka atau "facial". 

No comments

Powered by Blogger.