Header Ads

Gaji Bangla 5 Ribu Sebulan, Baca Komen Paling ‘Win’ Lelaki Kaya Ini


Bak kata pepatah ‘kalau tudaj dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’. Sebenarnya kami sedikit pun tidak terkejut apabila slip gaji seorang pekerja Bangladesh boleh mencecah sehingga RM 5 Ribu sebulan.
Bukan mahu menidakkan kebolehan anak Malaysia, namun pendatang asing ini dilihat bijak mengambil peluang dan sanggup bekerja keras demi mendapatkan wang lebih. Baca kisah ini di SINI
Malah, kami juga bersetuju dengan pendapat Moshed Mohamad yang mendakwa bahawa graduan Malaysia sekarang terlalu memilih kerja.

Hard Work Pays Off!


(gambar hiasan)
Sekarang kecoh isu bangla gaji 5K. Mungkin ada yang mula cek slip gaji masing2, mampu lawan tak bangla tu punya gaji. Yang jeles, mula mengamok dan update status di FB. Komplen dan terus komplen. Ada yang rasa tak logik. Apa yang aku nampak di sini “hard work pays off”.
Ramai kita tau yang Pemuda Bani Bangladesh ni ramai juga yang lulusan U. Tapi mungkin sbb keadaan negara mereka tak cukup peluang pekerjaan, gaji rendah sangat ka, jadi mereka mula merantau. Mai Malaysia kerja kuat sikit. Korban tinggal segala anak pinak.

(gambar hiasan)

Keluar dari zon selesa walau ada diploma & degree


(gambar hiasan)
Keluar dari zon selesa walau ada Diploma dan Degree bagai. Mai sini, kerja kuat. Kerja apa saja walau tak guna Degree tu. Buat OT tak berenti. Satu rumah 20 orang, jimat dengan makan bawang berguni-guni untuk ganti sayur. Dapat gaji 5K, orang kita komplen. Tak adil sana, tak adil sini.
Bukan nak kata kepada graduan kita, tapi ramai tak yang sanggup bersusah payah macam bangla tu? Kadang-kadang budak2 U kita ni “manja” sangat. Fresh grad, tapi nak gaji 3K. Demand tinggi walau skill tak tinggi mana pun. Bila mula kerja dan dapat gaji bawah 2K, mengeluh sambil komplen “2K mana cukup, aku ada Degree kot”. Tapi tangan tak berenti belek FB, chatting di Whatsapp Group. Bila masa buat kerja aku pun tak tau.
Sanggup tak kerja kuat? Keluar dari zon selesa? Nak tinggal Degree, dan mula buat bisnes lagi lah tak. Nanti ada yang kata, “penat-penat belajar, takmau kerja pulak.” Padahal, matlamat sama, iaitu “duit”. Yang rasa tak cukup sana sini, tak ada inisiatif upgrade hidup. Buat bisnes part time, cari income tambahan cara lain. Kerja kuat sikit untuk bagi makan anak bini.

Mula dari bawah..


(gambar hiasan)
Aku dulu, walau ada Degree Engineering lepas grad, tapi nak masuk bidang bisnes. Sanggup mula dari bawah. Jadi promoter streamyx kat shopping mall, ketuk pintu rumah ke rumah, nak belajar sales punya pasal. Sampai pernah kena halau dengan pakguard masa selit flyers kat kereta orang di Tesco Sg Petani. Padahal ada Degree. Buat-buat diet, konon tak makan nasik, tapi sebenarnya tak ada duit nak makan. Tibai roti canai kembang ja, nak buat alas perut.
Sebab aku tau, dengan kerja guna Degree aku saja, tak cukup nak dapat gaji amount lebih dari Bangla tu. Dan confirm la aku pun tak sanggup nak makan seguni bawang, ganti sayur. Alhamdulillah, segala pengalaman tu terbayar. Terbukti yang HARD WORK PAYS OFF!
Sekarang mungkin bukan zaman komplen dah. Dan mungkin bukan zaman kita patut stick pada “rule”, belajar tinggi-tinggi, nanti ada degree dan dapat gaji besar dan hidup selesa. Kita kena buat lebih daripada tu. Itu pun kalau nak rasa hidup senang la dan nak upgrade taraf hidup kita.
Kalau takmau jugak, mungkin patut biasakan diri macam Pemuda Bani Bangladesh, makan bawang seguni ganti sayur! - Ohbulan

Baca : "Pekerja Melayu, Jangan Gelabah Nenen Sangat." - Bekas Pekerja Bonia JPO 

No comments

Powered by Blogger.