10 Nasihat Terbaik Untuk Zahra Dan Generasi Muda Malaysia Tentang Duit
Dan hari ini (lebih tepat beberapa hari lepas) viral dalam poket kita tentang video seorang anak muda, perempuan yang memberikan ucapan dihadapan pemimpin pemimpin tertinggi Malaysia. Ucapan tersebut telah memberi inspirasi kepada ramai anak muda untuk menyuarakan keluhan dan kegusaran mereka terhadap apa yang berlaku di Malaysia.
Bagi satu golongan lain, mereka merasakan Zahra ini seperti belum kenal dunia. So welcome to the real world Zahra dan para para graduan.
Melihat kepada ucapan Zahra ada beberapa point yang menarik untuk kami kongsikan semula just in case anda tidak fokus pada ucapannya.
Antara ucapannya yang menarik untuk dikongsi ialah Zahra membayangkan kehidupannya yang indah dengan gaji besar selepas menamatkan pelajaran. Zahra putus asa untuk memiliki rumah sendiri kerana survey di kawasan Ampang dan Melawati yang berharga linkungan RM700,000 ke RM900,000.
Zahra juga memberitahu dia membayar sewa rumah RM500 sebulan yang mana rumah itu dihuni oleh 8 orang. Sekiranya dibuat matematik sewa sebuah rumah mereka ialah RM4,000. Kau duduk penthouse mana ni dik?
Dan point terakhir yang menarik minat pengguna sosial media ialah Zahra terpaksa naik LRT ke tempat kerja setiap akhir bulan. Sedih kan bunyinya?
Jelas sekali masalah utama yang dihadapi oleh Zahra ialah duit. Oleh itu izinkan kami, tim Vocket berkongsi beberapa nasihat tentang duit kepada Zahra dan juga generasi muda seperti Zahra.
“the best way to complain is to make things”
10 nasihat ini adalah daripada pengalaman dan pembacaan kami sebagai usahawan. Dan kami juga telah mengeluarkan banyak cerita bisnes dan tip bisnes sekiranya anda mahu mengubah mindset anda.
Zahra mungkin tidak berminat untuk menjadi usahawan, tapi nasihat ini bagus untuk semua kerana semua perlukan duit. Tiada siapa yang boleh ubah hidup kita melainkan diri sendiri dan jangan bergantung kepada orang lain.
1. Dalam ekonomi pasaran terbuka, sesiapa saja boleh membuat duit sebanyak mana yang dimahukan.
2. Latar belakang anda, taraf pendidikan anda, dan IQ anda tidak relevan apabila masuk bab membuat duit.
3. Cara pantas untuk membuat duit ialah dengan menyelesaikan masalah. Lagi besar masalah yang anda selesai, lagi banyak duit yang anda buat.
4. Jangan dengar kata kata negatif yang memberitahu anda perlu bersusah payah dan perlu terima seadanya hidup anda sekarang.
5. Berdoa untuk buat duit lebih banyak. Berani untuk berfikir lebih besar. Sekiranya boleh bayar RM500 sebulan sewa rumah, kenapa tidak boleh bayar RM5,000 sebulan, kenapa tidak mampu beli rumah berharga RM5,000,000? Kenapa perlu downgrade.
6. Buang mindset penakut dan mula melihat duit dalam setiap perkara, kebebasan, peluang dan banyak lagi.
7. Menjadi kaya bukan satu keistimewaan. Menjadi kaya itu satu pilihan dan hak kita. Sekiranya anda memberi banyak nilai kepada orang ramai, anda berhak untuk menjadi kaya seperti yang anda mahu.
8. Jangan tunggu kapal lalu depan anda. Anda tidak akan diselamatkan dan dijadikan kaya oleh orang luar. Sekiranya anda mahu duit banyak, bina kapal anda sendiri. Tiada siapa datang untuk selamatkan anda.
9. Berhenti risau tentang kehabisan duit dan fokus pada membuat lebih banyak duit. Selalu risau tentang duit bukan cara untuk hidup tapi bina impian dan visi terhadap duit.
10. Berhenti bercakap kepada diri sendiri menjadi kaya itu sesuatu yang diluar kawalan anda. Hakikatnya untuk membuat duit anda perlu bekerja dan pekerjaan itu di dalam kawalan anda.
Bercakap tentang survival tidak sama dengan survive. Kepada Zahra, anda ada hak untuk berimpian tapi impian itu perlu disertakan dengan keputusan yang betul dan minda yang diset dengan betul.
Less talking, less shopping, less spending, start doing and improving.
Dipetik dari laman terbaik Malaysia : TheVocket
Post a Comment