Setelah Membaca Ini, Anda Akan Fikir Berkali-kali Jika Ingin Menggunakan Pengering Tangan Di Tandas
Sangat menjijikkan ! Saya merujuk pada kuman & bakteria yang ditiup ke udara
Sebelum menyentuh lebih dalam tentang bakteria airborne, saya akan bercakap tentang bilik air. Kamu menyangka bahawa bilik air tempat yang sangat selamat dan tidak menakutkan terutama bila bilik air itu bersih dan dijaga rapi.
Bagaimana pun, kajian terbaru telah menjumpai cara paling selamat untuk mengeringkan tangan bagi memastikan kuman & bakteria tidak tersebar. Adakah dengan menggantikan tisu tandas, pengering udara panas atau pengering jet?
Berdasarkan kajian dalam Journal Of Hospital Infection , pengkaji Universiti Leeds’ mengarah sukarelawan mencelup tangan masing-masing dengan cat. Kemudian, saintis mengarah sukarelawan mengeringkan tangan masing-masing menggunakan 3 cara yang disebut tadi.
Cat yang digunakan adalah untuk merangsang bakteria. Dengan cara itu merupakan suatu cara yang menarik untuk tahu bahawa cara apa yang terbaik untuk digunakan untuk menghalang bakteria.
Lihat di bawah, bekas di dinding yang menyerupai kesan air brush, adalah kesan daripada pengering udara panas.
Bahagian kajian seterusnya, tangan-tangan sukarelawan disaluti dengan bakteria lactobacilli untuk mimik tangan seseorang yang mahu membersihkan tangannya namun tidak berjaya membasuh tangannya dengan bersih.
Pengering jet, mengeluarkan angin dengan kuat, paling cepat menyebar kuman & bakteria, pengering udara panas pula, lebih baik dan juga lebih lembut manakala tisu tandas adalah paling baik dan paling selamat daripada tersebar kuman & bakteria. Kajian telah membuktikan, dalam bentuk angka, bahawa pengering jet menyebar bakteria 27 kali ganda lebih banyak berbanding menggunakan tisu tandas.
Akhirnya, walaupun tisu tandas kelihatan old-fashioned and mempunyai isu kebersihan tisu tandas adalah yang terbaik setelah menggunakan tandas.
Post a Comment