Sangat Menginsafkan! Hikmah dari Masuk Islamnya Tyrese Darnell Gibson dan Murtadnya Lukman Sardi
Murtadnya artis Lukman Sardi tentu tidak memberi kesan apa-apa bagi Ummat Islam. Kemungkinan terbesar ia hanya akan ditinggalkan peminatnya. Kerana tak sedikit artis yang murtad, kerjayanya berarkhir dengan tragis. Jika kita sandingkan dengan keputusan Tyrese Darnel Gibson yang memutuskan untuk masuk Islam (Mualaf), maka ada banyak pelajaran atau hikmah yang dapat kita petik di Ramadhan nan mulia ini.
Jika anda pernah menonton filem Fast & Furious, barangkali nama pelakon Tyrese Darnell Gibson sudah tak asing lagi. Yang unik dari Tyrese adalah, ia beralih agama menjadi Muslim pasca kematian pelakon yang juga berperanan dalam filem sequel Fast & Furious beberapa waktu lalu, sebagaimana dilaporkan dalam acara TV Amerika Syarikat (AS) The Deen Show pada Januari 2013. Ia mengaku telah merasakan kedamaian Islam yang mendalam ketika sedang mengalihkan kesedihannya di Dubai, ketika kehilangan teman seprofesinya yang juga sudah dianggap dekat itu, sebagaimana yang dilaporkan oleh Zulfanafdhilla, Jumaat (19/6).
Manakala di Indonesia, Merdeka, Kamis (18/6/2015) melaporkan bahawa pelakon yang sempat memegang watak KH Ahmad Dahlan dalam filem 'Sang Pencerah', Lukman Sardi mengaku telah berpindah agama (murtad). Dia kini beralih agama dari Islam menjadi Kristian.
Lukman mengatakan bahawa, "Saya lebih memilih menjadi percaya, kira-kira 6 tahun lalu," dalam keterangannya di GBI Ecclesia.
Kesaksian Lukman Sardi ini telah dimuat naik ke Youtube oleh akaun Ikka LyFrans pada 24 Mei lalu. Lukman menegaskan, dia pindah agama ini tidak ada tekanan, termasuk dari isterinya, Pricillia Pullunggono yang memang beragama Kristian.
Lantas hikmah apa yang dapat kita petik dari kedua-dua fenomena berkaitan aqidah tersebut? Dimana Tyrese Darnell Gibson adalah pelakon filem dengan genre action dan penuh dengan glamour dunia. Sementara Lukman Sardi, pernah mainkan filem ber-genre religi, ia pernah jadi pelakon KH Ahmad Dahlan dalam filem 'Sang Pencerah'.
Soalan diatas, Jawapannya terdapat pada Al-Qur'an.
Firman Allah dalam Surah Al-Jumu'ah ayat 8 rupanya menyapa orang-orang seperti Tyrese,
قل إن الموت الذي تفرون منه فإنه ملاقيكم ثم تردون إلى عالم الغيب والشهادة فينبئكم بما كنتم تعملون
Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan".
Maka pasca kematian sahabat dekatnya, Paul Walker, dalam satu kemalangan kereta, Tyrese begitu terpukul, lalu mencari siapa Penciptanya dan makna hidup yang sesungguhnya. Sehingga ia akhirnya, selain merasakan kedamaian Islam dari Keteladan Maxwell (pemuzik) dan Will Smith (pelakon), ia juga mencari sebuah penjelasan berkaitan kematian, tujuan hidup, dan Allah sebagai Pencipta dalam sebuah video yang dimuat naik Talk Islam pada YouTube bertajuk The Meaning of Life .
Maka beruntunglah Tyrese yang kini telah mendapatkan hidayah, dan belajar dari kematian tragis yang dialami sahabatnya. Hal tersebut sesuai dengan firman Allah subhanahu wata’ala pada Surat Al-Isra ayat 15.
مَنِ اهْتَدَىٰ فَإِنَّمَا يَهْتَدِي لِنَفْسِهِ ۖ وَمَنْ ضَلَّ فَإِنَّمَا يَضِلُّ عَلَيْهَا ۚ وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ ۗ وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّىٰ نَبْعَثَ رَسُولًا
Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri; dan barangsiapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan mengazab sebelum Kami mengutus seorang rasul.
Ayat di atas juga mengabarkan kepada kita bahwa mereka yang tersesat, apalagi murtad, maka dia menjadi rugi. Lebih beratnya lagi, orang yang murtad terancam dengan azab Allah yang mengerikan. Na’udzubillaahi min dzalik.
Selain itu, Allah juga tidak memberikan ampunan kepada orang murtad, sebagaimana termaktub dalam Qur’an Surat An-Nisa ayat 137.
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا ثُمَّ كَفَرُوا ثُمَّ آمَنُوا ثُمَّ كَفَرُوا ثُمَّ ازْدَادُوا كُفْرًا لَمْ يَكُنِ اللَّهُ لِيَغْفِرَ لَهُمْ وَلَا لِيَهْدِيَهُمْ سَبِيلًا
Sesungguhnya orang-orang yang beriman kemudian kafir, kemudian beriman (pula), kamudian kafir lagi, kemudian bertambah kekafirannya, maka sekali-kali Allah tidak akan memberi ampunan kepada mereka, dan tidak (pula) menunjuki mereka kepada jalan yang lurus.
Marilah kita terus berdoa agar ditetapkan dalam hidayah-Nya, sekalipun penuh dengan tantangan hingga kita tak lekang dari alfa. Pun selagi kita berada dalam bulan dimana semua doa orang yang shaum diijabah Allah subhanahu wata’ala, mari panjatkan doa,
رَبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلْإِيمَانِ أَنْ آمِنُوا بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا ۚ رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الْأَبْرَارِ
Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman, (yaitu): “Berimanlah kamu kepada Tuhanmu”, maka kamipun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang banyak berbakti. [Qur’an Surat ‘Ali Imran: 193]
Semoga Allah menguatkan aqidah Tauhid dalam dada kita semua, yang dengannya tak ada sedikitpun ruang bagi tipu-tipu dunia untuk membuat kita terlena dan meninggalkan Allah subhanahu wata’ala.
Amin!
Sumber
Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, anda dibenarkan untuk share dengan rakan-rakan anda. Tekan butang share di bawah. Terima kasih.
Post a Comment