Header Ads

Baru Terjadi! Cubaan Culik Kanak2 di Pasaraya. Anak Anda Mungkin Akan Jadi Mangsa Seterusnya!

Gambar Hiasan


Ini kisah benar untuk dijadikan sebagai iktibar kita warga Ipoh.

Petang tadi, lebih kurang jam 7 petang saya menemani mak ke pasar raya ECO RM2 di Silibin.

Orang punyalah ramai. Naik rimas rasa. So sambil tunggu mak bayar kat kaunter yang panjang berjela itu, saya duduklah di depan pintu masuk pasar raya itu sambil memandang gelagat orang.

Seorang demi seorang saya perhati. Oppss! Dah macam makcik guard plak. Haha

Selepas itu saya terpandang seorang lelaki muda berbangsa India, dia duduk di pintu masuk juga sambil memegang sekeping duit RM20. Tapi tak ada pun barang dia pegang. Saya nampak dia memanggil seorang kanak-kanak Melayu lebih kurang umur tiga tahun rasanya.

Tak ada perasaan pelik pada awalnya sebab nampak macam pemuda itu saja nak mengusik kanak-kanak itu sebab comel.

Selepas itu, dia pegang tangan kanak-kanak itu, pelik pula rasanya. Saya cari bapanya,

"Oh sedang menunggu giliran untuk membayar sebab kanak-kanak itu berlari ke arah ayahnya.

Sedang ayahnya membuat pembayaran, pemuda India itu memanggil kanak-kanak itu tetapi kanak-kanak itu tak nak. Kanak-kanak itu lari semula ke arah ayahnya. Pemuda itu mencuba lagi memanggilnya dan akhirnya datang ke arahnya.

Pemuda India itu memegang tangannya sambil merapatkan tubuh kecil itu ke arahnya. Saya datang ke depan sedikit sebab rasa tak sedap hati.

Lelaki India itu memandang saya kononnya macam nak marah tapi hati takut juga. Hahaha!

Dia kemudiannya memandang ke arah luar iaitu kawannya di atas motosikal berwarna oren nombor pendaftaran AHD 5.. tak sempat nak hafal nombor seterusnya.

Kemudian ayah kanak-kanak itu memanggil anaknya dan si kecil itu terus berlari ke arah ayahnya.

Lelaki India itu memandang ayahnya dan memandang saya. Selepas itu terus tergesa-gesa berlari ke arah kawannya yang sudah bersiap sedia di atas motosikal dan lalu pecut.

Anda rasa apa sebenarnya motif lelaki India tersebut?

Kredit - Kisah ini telah dikongsi oleh pengguna Facebook bernama Nurul Huda

Semoga kita mengambil ikhtibar. Lebih berhati-hati selepas ini. Mohon tolong sebarkan kisah ini agar lebih ramai dapat membacanya dan mengambil pengajaran. Tekan butang share di bawah. Terima kasih.

No comments

Powered by Blogger.