Header Ads

Pekerja Dianiaya Syarikat, Sebab Berpakaian Tutup Aurat?

Tidak puas hati dengan tindakan majikan memberi surat amaran kepadanya kerana melanggar peraturan syarikat disebabkan berpakaian menutup aurat sebagai muslimah, seorang gadis menyebarkan perkara ini di laman sosial miliknya.

Nadey Khairudin

Nadey Khairudin, Eksekutif Pemasaran Bahagian Kesihatan Haiwan di YSP Industries (M) Sdn Bhd mendedahkan di Facebook, majikannya bersikap tidak adil apabila memberi amaran bahawa pemakaiannya sebagai wanita muslim telah melanggar peraturan syarikat tersebut.

Sedangkan selar Nadey, pekerja tidak beragama Islam yang memakai skirt pendek tidak pula diberikan amaran serupa meskipun secara jelas ianya melanggar etika syarikat di mana skirt mesti melebihi paras lutut.

Nadey Khairudin [2]

Gara-gara tindakannya membantah amaran yang dikeluarkan, Nadey mendakwa dia bagaikan menjadi ‘target’ pihak syarikat apabila kemudiannya ditegur pula kerana mencuci kaki di tandas untuk mengambil wuduk.

Nadey Khairudin [3]

Oleh sebab empunya badan begitu berani mengambil risiko tampil ke hadapan bagi mendedahkan perkara ini maka kami berpendapat pihak yang berkenaan harus turun padang bagi membela nasib pekerja Islam seperti Nadey sekiranya benar ada unsur ketidakadilan telah dilakukan syarikat ke atasnya.

Pada masa sama, YSP Industries perlu menjelaskan sama ada syarikat mereka telah menindas pekerja Islam seperti Nadey yang mahu menutup aurat semasa bekerja dan jika ianya benar maka mereka perlu meminta maaf kepadanya dan juga masyarakat Islam negara ini.


Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2015/05/pekerja-dianiaya-syarikat-sebab.html#ixzz3ba5XtQRp
Follow us: @SentiasaPanas on Twitter | SentiasaPanas on Facebook

No comments

Powered by Blogger.